Friday, February 25, 2011

Anak Manjer...Dapat Masuk U...

"Adik bangun dik ni ha ada surat Urusan Seri Paduka Banginda ni. Bukak tengok." Ibu mengejutkan aku dari tidur.Aku sangat mengantuk ketika itu kerana baru sahaja pulang dari kerja shif malam. Menyedari ada sampul surat di atas dadaku, aku sedaya upaya membuka mata walaupun amat payah. Setelah membaca kandungan surat itu, aku terus bangun dan melompat seolah-olah sudah tidak lagi mengantuk.
" Mak...mak... tengok ni cheq dapat tawaran masuk U ni. Ye...Ye... dapat masuk ITM" jeritku hilang terus rasa mengantuk tika dapat berita yang sekian lama dinanti-nantikan sejak tamat tingkatan enam. Aku bagaikan berputus asa setelah berkali kali memohon melanjutkan pelajaran ke universiti. Oleh sebab tidak dapat mana-mana tawaran universiti aku membuat keputusan bekerja di sebuah kilang ditempat kelahiranku. Hari itu hari yang paling gembira dalam hidup aku kerana cita-cita untuk menyambung pelajaran tercapai jua. Jauh disudut hatiku yang membuat aku gembira aku dapat pergi jauh dan tinggal segala kepahitan yang selama ini aku pendamkan. Bukan lari dari masalah tapi sekurang-kurangnya aku tidak perlu lagi berdepan dengan perkara-perkara yang memeningkan kepala. Janji pada diriku hanyalah satu, fokus pada pelajaran.
" La hang dapat sambung belajaq kat mana pulak tu! jauh tak" Ish kalau jauh hang toksah pi la no. Ibu gembira dalam risauan mana taknyer inilah pertama kali dalam hidupnya akan berpisah dengan anak bongsu kesayangannya itu. Sebagai ibu memang gembira kalau anak dapat sambung pelajaran ke menara gading. Namun berpisah jauh jauh mungkin akan menyebabkan kerinduan berpanjangan buat sang ibu.......(to be continued)

Friday, February 18, 2011

Salam perkenalan...

As Salam...sebelum saya memulakan penulisan saya, saya mohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya penulisan saya di blog ini ada menyinggung perasaan anda semua...sekiranya ada sebarang komen anda boleh berbuat demikian dan saya terima dengan optimis demi meningkatkan minat saya dalam penulisan blog ini....salam perkenalan buat anda dari saya...

                                                                                                                                           AcuKulai