Sunday, April 10, 2011

Anak Manjerr Masuk U..(continue)

"Alah mak ni tak la jauh mana pun nu kat Shah Alam saja bukan Sabah ka Sarawak ka. Buleh mak no cheq pi belajaq sana. Mak pun tau berapa lama cheq tunggu nak sambung belajaq." Aku menerangkan kepada ibunya sambil-sambil itu mataku membaca tarikh yang perlu untuk lapor diri. "Alamak tarikh nak lapor diri lagi dua hari mana nak dan nak prepare apa-apa ni. Awat surat ni sampai lambat la...camna ni mak. Nak wat medical checkup lagi. Nak prepare barang-barang keperluan lagi...ni mau kelam kabut ni..aduihh. Emmm takpa-takpa cheq try call ITM. Hello..ni Bahagian Kemasukan Pelajar ka? Saya ni baru tadi dapat surat tawaran belajar kat sana puan. Masalahnya tarikh daftar lagi dua hari tak sempat saya nak buat persiapan ni. Boleh ka saya daftar lewat sehari dua tapi saya janji la akan uruskan semuanya dengan cepat. Oh...kalau camtu terima kasih banyak-banyak puan ya. Mak....lega aih depa habaq lambat sikit takpa tapi tak boleh lebih dari seminggu dari tarikh pendaftaran tu."
    Aku tak tunggu lama, setelah memberitahu berita baik kepada ayah dan adik beradik yang lain, aku uruskan semuanya dengan pantas. Tiba hari yang ditunggu. Aku berangkat ke Shah Alam bersama-sama dengan ibu, kakak dan abangku. Aku sedikit terkilan kerana ayah tidak mahu turut serta. Walau bagaimanapun aku sememangnya sudah masak dengan sikap ayah tidaklah terlalu terasa hati.
   Sesampai sahaja di bumi Shah Alam, aku berdebar-debar maklumlah macam-macam yang aku fikirkan. "Bolehkah aku sesuaikan diri kat sini?" bisikku. Setibanya kami di Dewan Seri Budiman ITM Shah Alam aku dapat melihat ramai juga pelajar yang akan mendaftar. Setelah selesai mendaftar aku di bawa ke asrama pelajar. Aku sungguh terkejut kerena tidak ditempatkan di bilik asrama tetapi di sebuah bilik yang besar yang dibekalkan seorang sebuah tilam. " Biaq betui ni, alamari pun takdak tilam saja?" aku ngomel sendirian. Kira-kira 18 orang ditempatkan di bilik besar itu. Rupa-rupanya itu adalah bilik pelajar untuk berehat dan menonton tv. Aku dapat tahu bahawa bilik kosong sudah tiada disebabkan pengambilan untuk sesi tahun itu terlalu ramai.
    "Adik jaga diri tau kat sini ya mak dah nak balik nih" luah ibuku sebak. Apa lagi air mataku mengalir deras la. "Dik hang dok sini elok-elok la no. Kat sini hang sorang-sorang saja. Ni first time hang berpisah ngan mak. Kak tak taulah hang boleh ka tak. Hang bukan budak kecik lagi kan. Pandai-pandaila bawak diri. Ni duit belanja hang. Kakak aku dengan panjang lebar memberi nasihat.
    Selepas family aku balik maka bermulalah episod baru kehidupanku di perantauan untuk menuntut ilmu. Aku sebenarnya sudah tidak ada masa untuk berlengah lagi kerana mengikut kata pegawai pendaftaran esok aku perlu mencari sendiri kelas. Aku sudah terlewat. Pelajar yang lain sudah pun memulakan kuliah.
   Sedang mengemas barang-barang keperluanku, aku ditegur oleh seorang gadis kecil molek. Gadis itu sebenarnya duduk bersebelahan dengan aku. "Saya Siti umur 18 tahun. Saya amik Art & Design". Sambil dia menghulurkan tangan kepadaku. "Panggil akak kak Mila sebab akak dah 21 tahun. Amik degree IT kat sini. Akak baru saja sampai tadi, lewat daftar. Sambil berbual-bual dengan Siti, aku mengemas apa yang patut. Tiba-tiba mereka terpaku dengan mendengar bunyi. "Puttttttttttttttttttt. Opppps! Sorry kak terlepas. Kata Siti tersipu malu. " Cheh baru kenai dah lepas kentut plak kat aku. Tak dak sivik betoi harap muka saja cun." Bisik aku. Budak Siti ni peramah jugak orangnya yang paling best baru saja kenal dah diceritakan pasai boy fren dia. Boleh tahan budak ni.........(to be continue :)





Tuesday, March 15, 2011

Hati Seorang Ibu..

Bila dah jadi mak baru aku tahu betapa tersentuhnya bila anak sakit. Aku yang mengandungkan diaorang haruslah rasa begitu. Para ibu diluar sana mesti setujukan?
Tanggal 6hb March Danial Iman dimasukkan ke wad kanak2. Ini bukan kali pertama dia ditahan. Kali pertama dulu sewaktu usianya 10bulan dan kali ke 2 pada umur 2tahun.
Kedua2 kali itu tidaklah seteruk kali ini. Danial nih ada asma dan sampai sekarang masih berulang ke hospital 4bulan sekali untuk checkup. Kali 3 ini aku lebih terasa kerana Danial dah ada adik, so perhatian aku kena sama rata. Hanya Allah yang tahu perasaan aku pada ketika itu. Nak jer dibelah badan nih supaya Danial dan Danish dapat perhatian aku.
5 hari berulang ke hospital, aku memotivatekan diri sendiri dan pujuk diri sendiri. Di sana ada lagi kanak2 yang teruk dari Danial dari situ aku belajar erti bersyukur. Tiap kali berada disamping Danial aku teringat Danish yang aku tinggalkan. Bila berada dengan Danish aku teringatkan Danial di hospital.
Aku banyak2 berdoa supaya aku suami isteri diberi kesihatan yang baik untuk menjaga anak2 yang sakit. Terima kasih untuk suamiku kerana sudi membantu menjaga Danial pada waktu malam di hospital. Hati seorang papa turut tersentuh bila Danial sakit. Papa sampai tak hiraukan perasaan lapar dan dahaga hanya untuk anak kesayangannya itu.
Ada ketikanya aku menangis sendirian kerana tidak kuat hadapi situasi begini.
Sekarang..kesihatan Danial dan Danish sudah mula ok..dan aku bersyukur dengan perkembangan ini. Cuma aku yang trauma? kenapa ya? Boleh dikatakan aku jadi sangat cerewet tentang makan anak2 salahkah perbuatanku ini?
Mungkin orang sekeliling tak faham kenapa aku jadi begini. Tapi percayalah aku sangat2 takut situasi mencemaskan akan berlaku lagi.
Aku sangat percaya apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah beri ujian sebab sayangkan kami. Apa yang penting kekuatan kasih sayang suami isteri harus teguh untuk tempuh alam rumah tangga yang penuh cabaran. Wasalam.

Friday, February 25, 2011

Anak Manjer...Dapat Masuk U...

"Adik bangun dik ni ha ada surat Urusan Seri Paduka Banginda ni. Bukak tengok." Ibu mengejutkan aku dari tidur.Aku sangat mengantuk ketika itu kerana baru sahaja pulang dari kerja shif malam. Menyedari ada sampul surat di atas dadaku, aku sedaya upaya membuka mata walaupun amat payah. Setelah membaca kandungan surat itu, aku terus bangun dan melompat seolah-olah sudah tidak lagi mengantuk.
" Mak...mak... tengok ni cheq dapat tawaran masuk U ni. Ye...Ye... dapat masuk ITM" jeritku hilang terus rasa mengantuk tika dapat berita yang sekian lama dinanti-nantikan sejak tamat tingkatan enam. Aku bagaikan berputus asa setelah berkali kali memohon melanjutkan pelajaran ke universiti. Oleh sebab tidak dapat mana-mana tawaran universiti aku membuat keputusan bekerja di sebuah kilang ditempat kelahiranku. Hari itu hari yang paling gembira dalam hidup aku kerana cita-cita untuk menyambung pelajaran tercapai jua. Jauh disudut hatiku yang membuat aku gembira aku dapat pergi jauh dan tinggal segala kepahitan yang selama ini aku pendamkan. Bukan lari dari masalah tapi sekurang-kurangnya aku tidak perlu lagi berdepan dengan perkara-perkara yang memeningkan kepala. Janji pada diriku hanyalah satu, fokus pada pelajaran.
" La hang dapat sambung belajaq kat mana pulak tu! jauh tak" Ish kalau jauh hang toksah pi la no. Ibu gembira dalam risauan mana taknyer inilah pertama kali dalam hidupnya akan berpisah dengan anak bongsu kesayangannya itu. Sebagai ibu memang gembira kalau anak dapat sambung pelajaran ke menara gading. Namun berpisah jauh jauh mungkin akan menyebabkan kerinduan berpanjangan buat sang ibu.......(to be continued)

Friday, February 18, 2011

Salam perkenalan...

As Salam...sebelum saya memulakan penulisan saya, saya mohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya penulisan saya di blog ini ada menyinggung perasaan anda semua...sekiranya ada sebarang komen anda boleh berbuat demikian dan saya terima dengan optimis demi meningkatkan minat saya dalam penulisan blog ini....salam perkenalan buat anda dari saya...

                                                                                                                                           AcuKulai